Ni dulu2 aku dpt kat website agrolink, pastu skrg cari2 balik tak jumpa la pulak. Nasib baik ada print, tapi kat printout tu takde web address dia. So, terpaksa la aku taip balik demi untuk korang semua. Sebelum apply teknik ni, korang perlu sedikit pemahaman ttg tisu kultur & pembenihan secara tisu kultur. Ada aku bubuh beberapa link ttg tisu kultur kat bahagian Rujukan & Link Menarik kt sebelah kanan tuuu.. Seelok2nya baca yg A-Z kaedah penanaman cendawan tu skali. Actually ada gambar2 dia skali, tapi tak larat la aku nk lukis pulakkk.. so aku ganti la dgn gambar yg seakan2..
(Langkah-langkah berikut tidak perlu keadaan aseptik)
1. Sediakan gandum yang baik kualitinya. Kat sini RM2.50 sekilo biji gandum.. eh, mana mahal ek gandum dgn beras??
2. Rendam gandum semalaman (biji gandum kembang tetapi tidak pecah) & rebus selama 5 minit
3. Tos dan sejukkan (bole campur dedak, jagung halus, sekam, padi angin atau sambau utk menjimatkan kos). Sapa tatau sambau tu apa, tanya Din CBS.
p/s Gambar ni kidnap dari blog En Din CBS 4. Masukkan ke dalam botol atau plastik tahan panas sehingga ¾ penuh dan tutup dengan kapas atau foil aluminium, atau bole gak guna leher & penutup bongkah. Kalo guna botol toksah ler pakai leher2 tu....
(Langkah-langkah berikut perlu keadaan aseptik)
1. Autoklaf selama 1 jam pada suhu 121° C, tekanan 15 psi. Kalau takde autoclave, bole gak guna kreativiti sket...PENTING: Jangan nak mengelat tumpang kukus gandum masa kukus bongkah. Nanti tak jadi jgn salahkan teori lak. Korang yg gatal hehehe
2. Sejukkan selama 2 hari. (biar dlm pengukus atau dlm kebuk pindah)
3. Masukkan secebis maisilia dari benih tulin Fo, F1,atau F2. (mesti dibuat dalam kebuk pindah)
4. Selepas 3 - 4 minggu spawn boleh digunakan untuk pembenihan beg cendawan. p/s: Teknik ni bole gak apply utk sub-kultur benih, maksudnya suntik balik benih ke medium campuran gandum tu.. Tapi kualiti hasil akan manurun. So, kalau nak sub-culture, pastikan benih yg dibeli adalah F1, F2 atau F3 sahaja. F4 ke atas utk suntik bongkah aje.



2 Comments:
Assalamualaikum bro ....
Nampak mcm simple je ... tp rasanya byk benda yg kena take precaution dlm semua langkah. Tu lah kalau ada rezeki kawan ke Muar nanti blh lah singgah kat tempat Tn. At least blh terima ilmu tu terus dr tok guru.
betul tu tuan. nampak simple, dah buat nanti baru tau langit tggi rendah
Post a Comment