Baru-baru ni, di Seremban N9, GCM (Gabungan Cendawan Malaysia) ditubuhkan secara tak rasmi. AKu ada kt situ dan join sekali.
Sambil tu, aku jumpa lak 1 group Kumpulan Rakan Cyber Usahawan Cendawan Se-Malaysia di blog cendawan timur. Aku tak pasti samada ini yg dimaksudkan oleh LanChini.
Ada pulak sekumpulan forumer under Gerbang Agrotek. Yang ni langsung aku tak tau dari mana.
Yang memang dah lama aku join, forum pertanian di Bicarajutawan, ok la, ini cuma 1 topik cendawan dlm 1 BIGG forum. Ada gak yg bukak topik kecil2an kt forum2 lain, NoGold, CariGold, UsahawanTani dan lain2.
Ada lagi, Bincang2 Usahawan Cendawan anjuran seseorang yang menggelarkan dirinya "LimaSembilan".
Ok, tu yang aku jumpa je, yg aku dengar lak, Persatuan Cendawan Malaysia dah wujud, Kumpulan Usahawan Cendawan Pantai Timur pun dah dimulakan tu belum masuk geng2 offline yg tak pernah bukak internet.
Pikir2, pening lak aku. Kita cuba bergabung, tapi nampaknya makin banyak kumpulan yang diwujudkan sedangkan yg join takde la nmpk sgt.
So, kalau yang berkenaan terbaca posting ni, aku nak menyeru cendawantimur, limasembilan, kulatenterprise, gerbang agrotek & sapa2 lagilah yg sedang mengusahakan gabungan pengusaha2 cendawan supaya berhubung sesama sendiri antara kalian & wujudkan 1 yg lebih sistematik. 1 kumpulan penaung untuk se-malaysia, pastu ada regional timur, utara, tengah, selatan dan kalau perlu untuk negeri2 & seterusnya daerah dan sebagainya.
Sambil tu, rakan2 pengusaha yg terbaca hubungilah rakan2 yang offline, yg tak pernah bukak internet, yg berminat & sebagainya utk join sekali. Barulah bergabung namanya... Kalo byk2 kumpulan ni, aku rasa baik join parti politik je, mmg dah byk parti, dah ramai ahli, dah serabut (hehe) dan wujudkan je unit cendawan UMNO, PAS, DAP, KeAdilan dan lain2..
Bukan apa, usaha ni bagus, cuma kene seragam. itu je..
Saturday, August 30, 2008
Bergabung tapi tak sekumpulan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 Comments:
Macam mana saya nak join GCM?
Ada form nak kena isi ka? Fee?
Baguih buat gabungan macam ni.. boleh berbincang pelbagai topik.
GCM baru peringkat cadangan & dah dipersetujui sebulat suara untuk ditubuhkan oleh 17 pengusasha yg hadir. Seeloknya tggu announcement dati kulatenterprise & hadir perjumpaan lepas raya nanti.
Post a Comment