Menjadi kanyataan, pertemuan GCM pertama berjaya dianjurkan di Kulat Enterprise. Salut En Ramle atas inisiatif & cetusan idea pertama. Semoga pertemuan ini menjadi titik pertama ke arah penyelesaian pelbagai masalah pengusaha2 cdwn Se-Malaysia.Dari kiri: Planta, Rais (IM), Ramle (Kulat Ent), partner En Ramle (nama sapa ek), LanChini, perut Azman (TAA) & Hakim (S Two Mushroom - tak pasti)
Dari kiri: Syed Osman (CSU), Nazelan (CM), Bakar (CM), Kadir (KJ Mushroom), Planta & Rais (IM)
Aku dtg agak lewat, sbb proton S Series aku tak perform sepertimana yg diharapkan lepas servis guna duit rebet road-tax. Ramai dah sampai tapi belum start duduk semeja (makan2 rambutan dah start dulu). Mungkin ada yg tertanya2 siapa beberapa org yg dtg dgn aku, so aku perkenalkanlah serba sedikit.
Aytam - Mansor , member merangkap pelabur besar AYNE, fulltime pembekal gas masak petronas area aku, sama2 mengikuti setiap perkembangan aku buat cendawan. Dia sendiri pun dah buat bangsal, belum siap & belum pasti nk isi cdwn ke tak.
Uda3900304 - Abdul Rasid, warga forum bicarajutawan, member sekampung gak, lebih aktif dalam area sawit, turut menyumbang dalam perkembangan AYNE selama ni. Dia pun ada bangsal sendiri, pernah isi 5k bongkah dari CNC dan skrg penuh dgn baja sawit.
KJ Apo - Jaafar, aku kenal dlm bln April lepas, sama2 kursus cendawan dgn aku & uda3900304 under Jbt Pertanian utk dpt bantuan konon. Tapi so far dia dpt bantuan transport & aku dpt 3 botol EM, bole la tu. Dah ada bangsal sedang melalui detik2 pengeluaran hasil bongkah2 belian dari CNC & pengusaha berkelompok berdekatan.
Cerita Penuh: Blog Kulat Enterprise
Monday, August 25, 2008
GCM Version 1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment