Saturday, August 9, 2008

Penyakit Misileum Ghaib - Pesanan Otai2

Mula2, dia punya symtom, bongkah akan memutih sepertimana bongkah sihat yang biasa.. pastu lama2 jadi mcm ni (ni lebih kurg 2mggu). Bhgn depan yg agak cerah tu sebenarnya dah putih & dah ghaib..

PUNCANYA
adalah hama pemakan gandum / misileum. Hama ni mmg akan datang sendiri kalau gunakan benih berasaskan biji gandum dan ada gak kemungkinan berpunca dari kukusan benih yg kurg sempurna, telor hama kat biji gandum tu mula menetas. Dah menetas dia cari makan ler.. benih la dia sapu dulu, pastu benih habis misileum pun ada bau2 gandum kot, sekali henjut la


TANDA2 kena hama
1. kat tepi2 penutup bongkah yg kene sakit ni berdebu.. itu adalah debu dari benih gandum yang di"sepah2kan" oleh hama.
2. Kalau bukak penutup tu ada 2 kemungkinan, pertama ada hama meloncat2.. kecik je tatau nk ckp saiz ape sbb kecik sgt. Bole nmpk dgn mata kasar tapi tak brape clear la. Lagi 1, kemungkinan benih dah tak ada.. sebab hama ni makan gandum & misileum. Pastu dia sepah2kan la debu sana sini..
3. Masuk je lorong2 rak2 bongkah tu, muka rasa gatal2 mcm ada benda duk merayap.. dia la tu!


Ni beberapa peringkat bongkah2 yg kene serangan hama.

PENYELESAIAN
1. BANGSAL - kosongkan, sembur ubat serangga, biarkan suhu agak tinggi sebab hama akan mati pada suhu tinggi, pandai2 la, bukak netting ke, wapkan ke. Jgn bakar sampah dlm tu dah ler, mmg setel, takut dgn bgsl2 skali kene basmi nanti.

2. BONGKAH YG BELUM KENA - bole praktikkan cara ni untuk tujuan pencegahan.. Ni tips dari Uncle Tian, kluarkan dari bangsal yang kene serangan (hama ni serang dari bangsal ke bangsal), letak kat bilik mana2, guna kapur hydrated lime, tabur kat lantai dan penutup bongkah yg sedang diperam. Kalo takde yg hydrated, kapur yg korang guna pon OK, cuma kurg power lah. Gunakan cara yg sama utk bgsl2 lain yg belum kena serang. CEPAT sebelum terlambat!

3. BONGKAH YG DAH KENA, takde cara lain.. buang je. Buat penat je cuba apa2. Lagi lama simpan tak buang2, lagi byk la hama tu membiak nanti. So, jgn malu2, buang bongkah anda hahaha.

4. Kalau rujuk pada nota Wak Paiman, lagi seram, dia suruh pindah tempat lain (sekurang2nya 1 batu) atau cuti 8 bulan. huhu

Maklumat lanjut.. 07-4676196 (Tian Ting Leng), 06-9752336 (Haji Paiman)

3 Comments:

Gogsard said...

Thankyou bro utk update ni. Kami pon ada symptom yg sama, sekitar cap berdebu.

APa beza hydrated lime dengan lime biasa ?

Gogsard said...

Ayne, ni serangga apa nie ? Hama ke

http://cendawan915.wordpress.com/2008/08/10/serangga-apa-ini/

Zaki said...

salam ayne..nak tanya lah...ulat yang mengemit dlm bongkah tapi bukan hama tu ape eh...dia makan benih lah pulak..bengang tu...