Mula2 aku belajar tanam cendawan, lebih kurang nak puasa tahun 2006, aku nampak senang je. Gaul, packing, kukus, suntik, tuai, jual.. Pastu siap ada option lagi, beli bkh, tuai, jual.. lagi senang! Itulah yg mula2 aku fikir ttg cendawan ni & aku rase mcm tulah fikiran kebykn kita masa mula2 nk menceburkan diri.
Melawat pengusaha2 lain, cari maklumat, share pengalaman pahit manis (masa tu ingt yg manis je) dah jadi mcm "rukun" kpd pengusaha2 baru. Mcm tulah jugak aku, jumpa otai2 & sifu2, pegi CNC, borak dgn peniaga2 pasar tani & psr malam dgn niat tak lain tak bukan nk dapatkan ilmu sebyk2nya sebelum betul2 "sign kontrak" nak terjun ke dunia misileium bongkah2 cdwn.
Lepas tu, mcm org lain gak, buat la bangsal, beli tong dram, plastik, penutup, abuk kayu dan lain2. Sambil tu tunggu bongkah2 yang dibeli siap untuk matang dgn penuh semangat dan tak sabar2. Dapat hasil pertama, ambik gambar dgn timbanglah, compare dgn pembarislah, siap dgn anak bini, tersenyum bangga bukan main! Padehal cendawan pertama tu bkn lawa sgt! Gred? Mmg confirm terlebih tempoh, nak besar punye pasal! Tak caya tgk la balik gambar pertama yg korang ambik. He He He

Masuk tuaian kedua, mula pening.. Hasil tak seperti dijangka, permintaan melebihi pengeluaran, cendawan kering sebelum matang, timing tuai tak kena, bongkah buat sndiri mula rosak, ijau, itam, oren, kelabu, berasap, berapi semua ada. Barulah terhegeh2 baca nota balik, cari sifu2 balik, ejas itu, ejas ini.. hasil ke mana, modal pun ntah ke mana. Yg pasti, ramai yg mula pikir dua kali pada tahap ni. Ada yg give-up, ada yg malas, ada yg menyampah & ada gak yg bakar semua bongkah dgn penutup2 skali.

Pada peringkat ni ramai la yg mula beralih arah. Ada yg terus, ada yg buat kursus, ada yg jual brg2 keperluan, ada yg jual bongkah termasuk la aku skali. Kepala dah mula pikir nak dapatkan balik modal, bukan nak dapatkan hasil maksima! Sedar tak sedar, dah nak raya lagi.. Raya dululah, lepas raya sambung projek. Itu tahun pertama!
Lepas raya, susun strategi nak dapatkan modal. Cari pelabur, cari pembeli peralatan, cari peserta kursus, macam2 janji jadi duit ler katakan. Bile org tanye, brapa lama buat cdwn? Setahun! Berapa hasil.. errr.. ada la 5kg, 2kg.. takpun, buat masa ni takde production. Jawapan2 yg sama dari mulut2 yang berlainan. Dalam pada tu, spt biasa, kerja2 diteruskan. Baik ttg cendawan mahupun yang tak berkaitan. Masa berlalu, sedar2 raya lagi.. At least, dah ada steamer baru, walaupun 3 kali modify.
Dah ada modal sikit, bukan nak betulkan yg salah, bukan nk tambah production, sibuk la pulak buat automation, beli mesin, upgrade bangsal, adjust blower bilik suntik dan macam2 lah! Production? Takpe, nanti siap semua bole all out! Pastu baru sedar, dah 3-4 bulan takde hasil.. Sibuk la nk buat bongkah, ada org beli pulak! Takde hasil lagi! Bangsal tuai jadi bangsal peram, bilik suntik jadi stor simen & batu blok lebihan buat bangunan, tempat bancuh pun dah jadi bengkel besi.

Mcm manapun, masa ni dah konfiden, dah jumpa mcm2 formula, mcm2 perencah & resepi hasil kreativiti & penemuan, ada EM, ada bio-plant, ada cukakayu, ada urea, ada blue-ocean! Pendek kata, kalau dulu buat bongkah, dalam kepala pikir.. selagi tak kluar cendawan, bongkah ni aku anggap tak jadi, tapi skrg, bile buat bongkah, ada riak dlm hati, bongkah ni, aku anggap perfect, melainkan kalau tak kluar cendawan nanti.

Pada peringkat ni ramai la yg mula beralih arah. Ada yg terus, ada yg buat kursus, ada yg jual brg2 keperluan, ada yg jual bongkah termasuk la aku skali. Kepala dah mula pikir nak dapatkan balik modal, bukan nak dapatkan hasil maksima! Sedar tak sedar, dah nak raya lagi.. Raya dululah, lepas raya sambung projek. Itu tahun pertama!

Mcm manapun, masa ni dah konfiden, dah jumpa mcm2 formula, mcm2 perencah & resepi hasil kreativiti & penemuan, ada EM, ada bio-plant, ada cukakayu, ada urea, ada blue-ocean! Pendek kata, kalau dulu buat bongkah, dalam kepala pikir.. selagi tak kluar cendawan, bongkah ni aku anggap tak jadi, tapi skrg, bile buat bongkah, ada riak dlm hati, bongkah ni, aku anggap perfect, melainkan kalau tak kluar cendawan nanti.

Tapi Allah Maha Kuasa, Dia tak suka orang yang riak. Bongkah dah konfiden, benih pulak bermasalah... 1 bangsal karam! Penat lelah, wang RM, hasil usaha 2 tahun ke parit je peginya. Sedar2, dah nak raya lagi, maknanya dah masuk tahun ke-3 aku bermain habuk. Kakitangan pun dah bertambah sorang lagi, tapi kesian, kerja pertama dia buang bongkah rosak, bukan tuai cendawan mcm abg2 dan kakak dia.
Ini cerita aku. Lain orang lain cerita, lain pengalaman. Ada yg dapat jalan mudah, ada yg berliku2 walaupun tujuaannya sama, nak cari rezeki untuk anak isteri. Itulah utk posting kali ni. SELAMAT HARIRAYA, mudah2an aku jumpa malam Lailatul-Qadar kali ni... Salamss..

3 Comments:
hello,
tahniah bro, nampaknya bisness semakin berkembang. saya dah baca segala pengalaman saudara dan merasa teruja dengan pelbagai rintangan hingglah kejayan dikecapi.
http://rimbunan-hijau.blogspot.com
Assalamualaikum ....
TQ sbb berkongsi pengalaman ... ramai yg x sanggup nak berkongsi pengalaman seperti tn.
Apa apa pun kami doakan kejayaan kita bersama. Mmg byk dugaan dlm business cendawan ni. Nampak mcm senang tp banyak kerenahnya dan risiko nya pun tinggi ... teringat masa belajar dulu. HIGH RISK HIGH RETURN. Tp masa nak mulakan projek x terfikir pulak. Investment dah bagai nak gila tp return masih belum nampak.
Harap kita semua dpt mengharungi dugaan Allah ini & bersama sama berdoa demi kejayaan bersama.
Lastly ... SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN & semoga berjaya dlm semua aktiviti yg dilakukan.
Note :- Kalau jumpa Lailatul Qadar tu jgn lupa doakan utk kami sekali ya ..
Cerita orang kuat.. dan tabah.
Saya kena prepare lebih lagik nih..
Salam Aidilfitri, Minal Aidin wal Faizin dari kami di Kedah.
Post a Comment