Jumlah penggunaan dan kecairan (dalam ratio 1 bahagian cuka kayu kepada X bahagian air) adalah seperti berikut:
Untuk kawalan serangga dan mikrob (10 hari sebelum menanam)
1:50x kecairan pada 1 liter/m2
Untuk kegunaan mingguan, seminggu sebelum menanam atau menuai
1:200x-400x kecairan pada 2-3 liter/m2
Untuk kegunaan harian selepas ditanam
1:1000x-1500x kecairan 1-2 liter/m2
Tips tambahan untuk kegunaan pertanian
Pada kecairan 200x, larutan membunuh kulat tetapi tidak membunuh bektera baik.
Aplikasi pada kecairan 20x ke lubang tanaman 10 hari sebelum menanam memusnahkan mikrob merbahaya dan nemtoda parasit di dalam tanah. Ini akan merangsang CO (jika ada dalam tanah) untuk mengoksida kepada CO2 yang sememangnya digunakan oleh tumbuhan untuk fotosintesis.
Selepas ditanam, tidak digalakkan menggunakan cuka kayu pada kepekatan tinggi (20x-50x).
Pada kecairan 200x, semburan atau siraman cuka kayu mampu menghalau makhluk perosak dan membunuh kulat secara efektif.
Sekiranya tanah telah 'rosak' disebabkan penggunaan racun dan baja kimia pada tempoh yang lama, campurkan cuka kayu pada kecairan 200x & kompos haiwan/tumbuhan untuk menggalak pembiakan bakteria baik dan mencepatkan pncernaan kompos.
Kecairan 500x boleh disembur terus pada buah selepas berputik untuk mengurangkan buah gugur. Ini juga akan menambah kualiti buah apabila dituai.
Sekiranya perlu, cairkan 1000x dan tambah racun serangga komersial pada larutan. Ini dapat mengurangkan 50% penggunaan racun serangga dan mengawal makhluk perosak.
Contoh Penggunaan untuk tanaman spesifik, sila rujuk Blog Cuka Kayu
Untuk Cendawan, sila rujuk posting sebelum ini.
Friday, September 12, 2008
Wood Vinegar: Ratio Aplikasi Tipikal
at 11:16 AM
Labels: Wood Vinegar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment