** Maklumat ini bernilai RM10 (habis prepaid aku RM10 utk call uncle hehe) **
Hasil perbualan telefon dengan Aunty, ni aku cerita la serba ringkas ttg 3 jenis benih yg available buat masa ni dari Uncle Tian TIng Leng.
1. Benih 30 hari (label "05")
- kenapa tag dia "05"? aunty cakap, uncle suruh bubuh mcm tu, dia bubuh je la. dia ada cadang gak pakai nama glemer TB5 ker, uncle ckp "05" je...
- tisu kultur dari cendawan yang berasal dari Cameron Highland, di bawa balik oleh sedara uncle. cendawan asal sangat tebal dan berat, hasil sepatutnya mcm tu lah.. ada sample hasil (aunty cakap laa), mmg berat berbanding biasa.. tapi aku tk tgk sendiri.
- cendawan pertama boleh tumbuh seawal 25-28 hari selepas suntikan benih, tak kira samada misileum dah penuh atau belum (biasanya dah penuh la). Secara purata hari ke-30 mmg semua boleh keluar cendawan secara uniform
- ada komplen benih ni cendawan dia nipis, tapi uncle cakap itu mesti mengelat, dedak kurang! hehehe
2. Benih 60 hari (New TB2)
- kesinambungan dari benih TB2 yang diwar2kan di sana sini, yg ni uncle buat banyak, sebab mmg dah tau hasilnya baik dan memuaskan.
- tisu kultur gabungan beberapa cendawan (termasuk tiram putih) menghasilkan TB2, dan hasil cendawan TB2 sentiasa ada di dapur uncle untuk dikultur semula.
- cendawan pertama boleh tumbuh pada hari ke-45 selepas suntik, tetapi disebabkan ciri2 tertentu yg uncle takmo cakap, dia rekemen bukak pertama pada hari ke-60 (atau lebih)
- berat, saiz dan ketebalan average, sedang2, takde yg pelik2, elok ditanam untuk pengusaha yg mempunyai pelanggan cerewet.. sebab dia standard je..
- ini benih favourite, hampir takde komen ttg benih ni setakat ni (yg sampai kat uncle, yg tak sampai ntah ler)
3. Benih 90 hari (label "W")
- kenapa W? sebab kawan uncle yg bawak cendawan tiram liar yg sebesar pinggan makan dari negara China, nama dia Wong, so uncle label la benih ni W.. sempoi kan!
- kultur tentulah dari cendawan yg diseludup dari china tu (china larang bwk kluar cdwn liar)
- ciri2 masih std cdwn tiram liar, liat, tebal, berat, besar dan lambat matang...
- ketahanan cendawan selepas tuai 50% lebih lama dari TB2
- hasil pertama boleh keluar pada hari ke 80, tapi uncle rekemen hari ke 90 atau 100.
- tuaian per bongkah boleh mencapai 10-12 kali berbanding TB2 (6-8)
Tips
Unlce/aunty ada beri beberapa tips antaranya...
- seelok2nya jangan buat siraman bongkah/cendawan 6 jam sebelum memetik, untuk menambah hayat cendawan lepas tuai
- untuk tambah berat cendawan, bole siram cendawan, tapi jgn sampai basah.. camne ek, aku pun tak berapa paham apa maksud dia.. but still, elakkan 6 jam sebelum petik
- jangan mengelat! nanti cendawan kluar pun pada kualtiti mengelat.. hehe
ok itu saja berita dari Yong Peng...
1 Comment:
hemm banyak sangat maklumat. nak capture pon susah.
good luck
http://rimbunan-hijau.blogspot.com/
Post a Comment