Lama betul rasanya tak update blog ni. Sejak takde kamera malas pulak nak bercerita. Kebetulan, ada kamera available hari ni, aku snaplah sana sini untuk update sket..
Yang ni sebahagian hasil kutipan hari ni, jumlah 2kg je, aku sedekah je kat pekerja2 part-time AYNE dan bakinya untuk dimasak kat rumah. Diorang pun bukan main seronok nampaknya dapat petik cendawan, yelah dari hujung bulan lepas sampai skrg asik bancuh, bagging, kukus & tolak troli. Pusing2 itu je keje diorang, so hari ni merasa lah diorang petik cendawan..
Sempena cuti sekolah ni, bukan main ramai pekerja aku, 11 orang semuanya! 7 warganegara, 4 warga asing. Tapi production bongkah tetap 500 sehari, bukan semua datang hari2 pun.. kdg 2 org je, kdg semua dtg.. haha meriah mcm fun-fair!
Ini tingkap yg dibolosi pencuri sebanyak 2 kali tahun ni. Dah bergrill skrg! Walaupun tak berapa sempurna, at least bile ada grill ni pencuri malas sket la nak masuk. Harap2 gitu lah..
Ni benih dari Zul Sentang Batu. Specialnya benih ni dibuat menggunakan campuran cuka kayu dan merupakan benih generasi pertama (F1). Sebahagian lagi dah hantar ke Jawa Barat Indonesia.. Tak sangka dalam diam2 dah dapat tembus pasaran antarabangsa! Walaupun cuma kirim beli benih, terimakasih diucapkan kepada Rona Rendra dari Jawa Barat.
Yang ni lak, bongkah tanpa kukus. Saja test, sebab masa tu ada baki sebakul tak muat nak kukus dan kebetulan lak pekerja2 minat nak cuba suntik benih. Aku pun buat demo kat situ gak & terus peram. Perjalanan misileum nampaknya tak seragam tapi belum ada tanda2 jangkitan.
Ni la dia sebakul yg tak kukus tuu! Siap ada yg kecik 1.
Hari ni tong drum merajuk. Agaknya sebab lama tak pakai kot. Masuk kukus 6 bakul, keluar 5 bakul jer..
Yang bawah skali, hangus.. Air kering. Dah terbiasa pakai steamer, terlebih besar kot api dapur..
Ni sebahagian dari yang dapat diselamatkan.. Kalau tak cukup kukus gak tak tau la nak cakap apa..
Aku pun dapat idea nak test selamatkan sebahagian bongkah yang terkorban.. Sembur wood vinegar 10% kat tempat bocor2 & balut balik dgn plastik yg besar sket..
Haaa... ni la hasilnya.. Besok suntik tgk la apa jadi lak. Sebelum ni ada test dgn bongkah bocor yg berkulat hijau nampaknya alhamdulillah dah pulih dalam masa seminggu dan dah kluarkan hasil.
Antara yg terkorban....
Thursday, December 25, 2008
Macam2 Hal
at 10:45 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment