Lama tak update...
Alhamdulillah, sempena AidilAdha, lebih kurang 100 dari 400 bongkah yang sedang diperam kat tepi rumah mengeluarkan hasil tanpa diduga. Puncanya ada banyak kebocoran bongkah sebab serangan tikus dan patukan ayam.. maklum la tepi rumah, bukan ada tutup apa pun. Setakat pelindung matahari je.. Kene tempias hujan berterusan 2-3 hari kebelakangan ni, dia pun tumbuh la mcm cendawan lepas hujan. Memang pun! Total hasil ada la dalam 5kg kot.. 3 kali petik dapat la dalam 2 bakul longan. Semuanya aku bungkus suratkhabar dan sedekahkan je pada sedara-mara. Maklum la, pengeluaran tak terkawal, dah la bentuk macam2, bongkah dalam keadaan berdiri lak tu, so payah la nak packing mcm biasa..
Actually aku ke Terengganu ambik wife dan 2 anak aku kat rumah kakak di Paka Sabtu lepas, balik hari Ahad. Sampai je, mak aku beritau cendawan banyak keluar.. So, sebelum masuk rumah, petik cendawanlah dulu. Jenuh gak sebab bongkah berdiri dan bertingkat2. Takpelah, tak mampu nak korban lembu kambing, dapat sedekah cendawan pun jadilah...
Apa yg menarik, walaupun bocor sana sini, takde 1 pun bongkah diserang kulat hijau atau lain2 musuh. Serangan tikus pun setakat membocorkan bongkah je, tak la beranak pinak dalam bongkah macam tahun2 lepas. Mungkin ini merupakan salah satu kesan penggunaan Wood Vinegar.
Bila masuk ke rumah pulak, 3-4 ekor tikus tergolek kat bawah stok benih. Jagung halus mmg bertaburan kat situ sebab aku tak sempat sapu lantai tu sebelum pegi T'ganu. Sebelum ni pernah stok benih aku diserang tikus.. Habis lobang sana sini, jagung bertaburan.. Aku cuma spray je wood vinegar kat lantai tu utk elak serangan ulangan. Kat benih lak, aku spray area kebocoran & sarung plastik lain. Nampaknya takde serangan kulat kat area bocor dan misileum dah cover balik area2 gigitan tikus tu.
Monday, December 8, 2008
Rezeki AidilAdha
at 10:37 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment