Thursday, February 12, 2009

Terbaru di AYNE

Salam, kebelakangan ni agak sibuk buat bongkah. Sehari target 1000, kadang2 dapat hit, kadang2 tak dapat, kadang2 lebih, biasanya kurang. Statistik sepanjang Januari AYNE berjaya menyiapkan lebih kurang 20,000 bongkah bermakna production harian lebih kurang 800. Ok la tu..

Antara yang terbaru di AYNE, pengurus besar dah beli kenderaan rasmi baru.. Ha tu la dia Chairman AYNE, sedang bergaya dengan basikal barunya.


Ini autoclave hand-made, sedang dalam pembinaan 80% dah siap.. Lepas ni nak buat bakul2 dalam dia pulak..

Gambar penuh autoclave AYNE...


3 orang yg hadir hari ni. Sebahagian lagi pegi sekolah dan ada yang buat kerja lain. Ada gak yg dah brenti, bertunang, kawin dll...


Ini bakal jadi makmal benih AYNE nanti. InsyaAllah dalam masa terdekat akan ada di pasaran...



Ini lak.. nut skru mixer AYNE, last week buyong dia tercabut.. sampai skrg belum dapat spare-part. Maklum la barang zaman purbakala..


Ni la buyong yang tergolek tu. Bearing dia berkecai.. No. 7208, cari sana sini takde. Last2 terpaksa gak order dari German.. eh KL la..


Bancuh manual la... Dah dekat seminggu staf2 AYNE sakit pinggang. Biasa sehari bancuh 20 mixer, skrg ni kurang sikit.. 15 kereta tolak.


Mesin basuh untuk cuci penutup terpakai..

Selepas cuci...

Sebelum..


Benih F1 dari Zul Sentang Batu..

dan F2 dari AYNE.. nampak cun, skali suntik kluar cendawan lain daa... hehe kene tggu autoclave siap la nampaknya...

Ok, sekian dulu....

0 Comments: