Februari 2009, seperti biasa macam2 hal berlaku di AYNE.. Antaranya, daftar perniagaan diubah nama yang lebih meyakinkan, AYNANING BioTech Farm. AY Naning Enterprise masih dikekalkan untuk rujukan pelanggan dan pembekal2 sedia ada..

Ini ujikaji menggunakan botol mineral, saiz asal kiri, saiz selepas kukus kanan.. Kreatif betul staf2 AYNE nihh.. So, dah taulah kenapa botol air mineral tak sesuai digunakan.. Tak taulah kalau botol PP lak nanti apa jadi.. Apa pun, tetap disuntik benih dan tggu la sebulan dua lg utk keputusan seterusnya.

Penyapu dah beli baru.. Yang lama dah selamat jadi penyidai tuala sebab "berus" dia dah hancur terlanggar lori. hehe

Stok baru penutup.. dah habis dah yg 30k dari bulan November tahun lepas... Benih pun main borong2 je, walaupun harga borong & runcit sama je.

Pengukus AYNE dah kena modify sikit supaya lebih efisyen dari sudut kos kerja. Sebelum ni pakai skru utk ketatkan pintu. Skrg dah pakai "clamp", 1 pintu ada 5 clamp, ada 2 pintu, 1 clamp RM35, kos welding lagi.. aduh2.. korg kiralah, aku dah kira dah..

Benda kecik camni je RM35! Tapi kalau buat sdiri mmg confirm jadi lain.. hehe
Production bulan Feb agak menurun, lebih kurg 6000 bongkah je dapat disiapkan. Tu kerja 1 hari je kalan guna mesin bagging 8 lubang! Antara sebabnya, mixer rehat seminggu, jumlah hari pun kurang, komitmen staf pun agak lembab.. sebab kemarau kot! Ntah la, 1 org 1 pe'el, kalau 12, kali 12 la jawabnya.
0 Comments:
Post a Comment