Monday, June 29, 2009

Transformers & Terminator

Salam semua. Tajuk ni memang takde kaitan langsung dengan isinya pun hehe. Pengaruh wayang punye pasal, mmg ada jugak la beberapa tranformasi berlaku di AYNE. Antaranya, bilik suntik dah dipindahkan dari kedudukan 150meter kepada 3 meter je dari pengukus. Troli kukus naik rel terus masuk dalam bilik suntik. Praktikal kan! Ni lah wajah bilik suntik yg baru! Kanvas gak, exhaust fan tu dibentuk ala2 mcm aircond zaman aku skolah dulu dan berfungsi 2 dalam 1, sambil menyedut, dia juga menyejukkan suasana sekitar bengkel proses bagging.


Pengukus masih yg sama cuma rel dipanjangkan terus masuk ke bilik suntik. Dapat la mngurangkan sakit2 pinggang nak mengangkut 88bakul setiap kali mengukus.


Ini pulak tapak projek baru yang bakal menempatkan 1 bengkel kerja lengkap dengan mesin bancuh, bagging, pengukus dan bilik suntik serta 2 bangsal bersaiz 20 x 40. Kalau takde aral, insyaAllah bulan Ogos akan beroperasi. Waaa, byk duit AYNE ek! Actually ini adalah projek usahasama AYNE-PPK dan lokasinya 5km dari sini.


Gambaran dekat tapak bangunan bengkel kerja..




Ok, balik semula ke AYNE, bilik suntik dah pindah, so bilik suntik asal dah terminated dan diganti dengan bangunan besi berdinding siling dan ber-tile. Skrg lebih kurang 50% progress pembinaan dan akan dijadikan makmal biotek tisu kultur insyaAllah.





Dah lama tak menuai, terkejut gak ada beberapa cendawan tak tumbuh payung mcm ni. Otai2 ada komen? % yg mcm ni rendah dan rasanya bukan masalah genetik atau benih sebab dari 1 bongkah yg sama, ada yg mcm ni dan ada yg elok.

Pekerja2 AYNE silih berganti, ni antara pekerja2 baru..

.. dan yg lama sedang mengajar yg baru ..


.. kunjungan Nabil NAS Agro ..


.. wajah baru CuKayu Wood Vinegar ..


Ipin dgn pose bersama cendawan..


Hasil terBESAR!!


dan hasil mingguan..

0 Comments: