Sempena projek usahasama dgn PPK Muar Selatan, aku telah dihantar kursus intensif di Nas Agro (Ladang Nabil) oleh ibu pejabat LPP dari 30 Jun - 2 Julai (2 bulan hehe). Mula2 mcm malas nak pegi, bile contact PPK, dia kata "Encik Faisol kene pegi ni, arahan HQ, kalau taknak pegi kene bagitau 3 hari awal (hari bekerja) dan sediakan ahli lain sebagai pengganti..", notis dia bagi 25hb, kene pegi ler.. Takpelah.. bile lagi nak ke Nas Agro, alang2 pegi free ni boleh je la..

Lain peserta lain lah fokus masing2. Apa matlamat sebenar kursus aku tak pasti, tapi mmg byk sungguh manfaat yg aku dapat terutama hasil perbincangan, perkongsian pengalaman dan curi2 dengar dari perserta2 lain dan juga pegawai2 LPP & Jbt Pertanian yang turut hadir. Antaranya adalah kedah2 peningkatan hasil, kawalan penyakit, waste management dan beberapa tips lain yang terlepas pandang. Gambar di atas adalah sebahagian hasil tuaian harian ladang Nas Agro.

& seperti biasa, gambar cendawan di rak kawan2..

menyungkil rahsia Nas Agro.. ooo mcm ni ye korang punye penyungkil, double sided!

yg ni En. Isa, pengusaha berpengalaman 13 tahun, mewakilli PPK Johor Bahru Selatan (tak tau le dia tgh blajar atau tgh ngajar), baju belang tu pegawai PPK tempat aku & bajo kommando tu boss ladang lah! Dipendekkan cerita, walaupun kehadiran aku asalnya kerana terpaksa, tapi byk manfaat yang dipelajari dan dikongsi bersama. So, rakan2 lain kalau ada peluang mcm ni jgn dipersiakan, jgn rasa dah otai takmau g kursus, byk perkara boleh dipelajari dari pelbagai sudut bergantung kepada fokus anda semasa berkursus.

Balik kursus, sampai rumah 12 malam, terus tuai cendawan untuk jualan esok.. dapat la 12kg..

Ni percubaan packing terbaru.. Nampaknya agak berkesan, cepat laku, tapi kene jual sendiri, bukan kasi pemborong pack mcm ni! Rakan2 boleh cuba

Esoknya tgk progress projek usasama AYNE-PPK.. Bengkel proses dah siap lantai dan sdg naik bumbung. Nampak seronok betul buat projek pakai duit kan. Buat pakai pengalaman dan kakitangan ni lambat siap! Pakai duit kejap je...

2 bangsal 20x40, dah siap benrlantai.. dateline 17 Julai tatau la kontraktor sempat ke tak!
0 Comments:
Post a Comment