170, KM25, BKT NANING, JLN AIR HITAM, 84200 MUAR, JOHOR (video clip - AYNE in 2020)

Wednesday, October 21, 2009

Status Terkini: Projek Usahasama PPK-AYNE

Alhamdulillah, setelah beberapa kali tertangguh, akhirnya perjanjian ditandatangani pada akhir September dan akan bermulalah projek usahasama ini. AYNE berbekalkan pengalaman, PPK menyediakan modal, RM110 ribu telah dibelanjakan, hanya usaha, rezeki dan kebijaksanaan akan menentukan kejayaan projek ini.

Habuk kayu - 4 tan pertama

6 tan kedua, jumlah 10 tan


Ketibaan mesin-mesin


Sekali pandang dah tau siapa pencipta design, sayang sekali pembekal lain pula yg hantar

Yg ni design atas khidmat nasihat AYNE


... terus ke bilik suntik


Bangsal kedua masih kosong lagi...



Bangsal pertama 90% penuh (bongkah dibeli oleh PPK)


Kawalan biologi - serai wangi


Bakul-bakul spare dari AYNE


Bakul kukus besi sumbangan PPK


Stok gas & penutup


Dedak 1 tan, kapur 100kg


Habuk 10 tan


dan pekerja2 mahir

Hampir lengkap untuk memulakan operasi, status sekarang cuma menunggu pihak TNB memasang meter letrik. InsyaAllah, dalam minggu depan atau selewat-lewatnya awal November, operasi akan bermula.

Kepada rakan-rakan pengusaha dan blogger, tujuan posting ini bukan untuk bermegah-megah, sekadar memberi maklumat terkini dan juga peluang untuk saudara saudari rebut. Saya bermodalkan RM5.00 pada akhir 2006 untuk menjadi ahli PPK dan bertungkus-lumus sejak itu untuk mendapatkan keyakinan PPK bagi merealisasikan peojek ini. Alhamdulillah, tenyata tidak sia-sia.

Kepada yang berminat, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Wassalam..



















0 Comments: