Al-kisah, lama jugak tak update sepertimana rakan-rakan yg juga tak update. Mungkin sebab sibuk projek, sibuk berFacebook, sibuk handle masalah atau sibuk rehat, sibuk tido.. Masing2 punye hal lah..


Sepanjang November 2009 - Januari 2010, mcm ni lah suasana projek usahasama AYNE-PPK, hari2 sibuk nak bagging, cukup bongkah masuk kukus, cukup kukus suntik, cukup jumlah bongkah naik lori, lori tak datang masuk bangsal.. routine std pengusaha cendawan.

Mcm tu jugaklah di Bkt Naning, siang malam bagging, bancuh siang je sebab mixer masih pakai engine kapal terbang, bukan ape, nak mengelakkan pencemaran bunyi..

Target bertambah, pekerja pun bertambah. Dari makcik2 sampai la anak2 makcik.

Ini kayu bulat2 dari buangan kilang membuat kompang.. ada juga manfaatnya pada industri cendawan. Jadi "meja" pemampat..

Yang lebih memeriahkan suasana, sejak awal tahun ni ramai lepasan SPM datang kerja samada untuk isi poket atau untuk melepaskan boring. Yelah, dari 7 tahun sampai 17 tahun routine pegi sekolah balik sekolah, tiba2 tak payah pegi sekolah..


Macam manapun, proses suntik tetap dijalankan oleh pekerja-pekerja lama.. Kedua2 pakar suntik AYNE ni masih bersekolah (form 5), part-time kerja diorang ni menyuntik sahaja pada hujung minggu atau sebelah malam hari biasa.

Sampai dah tak nampak matahari, barulah siap suntik dan packing menunggu lori datang..
Benih yang digunakan datang dari 2 sumber dan 2 jenis clone. Yang botol 30 hari dan yang plastik 60 hari. Gambar ni merupakan banih yang rosak.. macam banyak je ek, tapi tak sampai 2% pun dari jumlah benih yang digunakan jadi mcm ni. Maybe sebab dah banyak, banyak la jugak yg rosak.

Sementara tu sempat jugak meluangkan masa melawat puteri sulong di asrama.. Haii memang tak leh posing langsung 3 bujang ni. Suruh duduk dia jalan2 sana sini..

Bile bertiga je bole pulak!

Lepas sebulan di asrama, nilah jadinya puteri sulong kami. Candid masa jemput nak balik cuti raya cina.

Dalam pada itu, ada jugak pelanggan yang komplen masalah bongkah AYNE. Umumnya banyak masalah2 biasa, hijau dan oren. Macam nilah suasana di lokasi pelanggan kami, membuang bongkah2 rejak sambil membebel.. Aiyaa.. ini sapa mau bayar! Sudah masuk lagi mau kluar..

Hama pun tak ketinggalan...

& jumlahnya.. kira la


So, pihak kami mengambil jalan tengah, menangguhkan dulu semua order2 dan pembuatan bongkah untuk muhasabah diri. Hasilnya, hampir 30% rosak! MasyaAllah..


Antara % yang tertinggi adalah benih mati selepas disuntik diikuti dengan hijau dan oren. Kesimpulan mudah yang kami buat agak mudah, back to basic, check satu persatu proses pembuatan bongkah, dah akhirnya dapat juga punca masalah.. Alhamdulillah, teringat pulak kata2 sifu, tanam cendawan tak bole cincai2! Gara2 kerja cincai la ni. Tak dinafikan ada juga berpunca dari masalah bahan mentah dan % nya pun boleh tahan, cukup untuk melingkupkan.. Syukur masalah dah dikenalpasti, dan sekarang dalam proses membaiki kesilapan.

Letih cerita masalah.. Kita minum dulu!!

Bongkah2 yang rosak tidak dibuang begitu saja, korek balik, buang benih, kukus dan jalankan proses selanjutnya macam biasa.

Yang ni sebetulnya tertinggal tak disuntik, tapi misileum datang dari belakang lak. Musykil betul! Maybe bocor dan dah banyak sgt spora tiram berterbangan.. Kalau banyak yg mcm ni kan bagus.. takyah susah2 suntik.

Lepas cuti tahun baru cina, projek PPK dikunjungi Pengarah projek dari LPP dan diiringi beberapa pegawai LPP dan PPK. Mula2 suspen gak sebab short notice. Lepas meluangkan sedikit masa, berbincang2 prospek dan masalah, pengarah LPP memberikan jawapan yang sungguh menggembirakan, RM100 ribu lagi akan diluluskan untuk menambah baik dan membesarkan projek usahasama kami. Alhamdulillah... rezeki anak2 lah ni..

Balik rumah, timang2 si comel ni, hilang sekejap segala masalah..
0 Comments:
Post a Comment