Sepanjang Disember 2009 - Feb 2010, staf2 AYNE & Projek PPK telah bertungkus lumus menyiapkan 120,000 bongkah2 untuk memenuhi tempahan dan bangsal sendiri. Yup, seratus dua puluh ribu.. bukan salah taip ye.. Alhamdulillah, esok merupakan kukusan terakhir 3000 bongkah untuk kegunaan sendiri. Lepas ni bolehlah rehat dan tumpukan pada penjagaan bangsal dan kawalan penyakit. Inilah bancuhan untuk kukusan terakhir sebelum kami berhenti buat sementara.
Sebut pasal penyakit, masih ada bongkah kami terutama di PPK yang diserang hama. Bagaimanapun, % nya kecil dan terkawal. Mungkin saki baki telur hama dari 15,000 bongkah yang diserang pada Oktober 2009 masih melekat di rak2 dan dinding bangsal walaupun telah dirawat selama hampir 2 bulan.
Macam2 jenis rawatan telah kami lakukan. Semburan racun abamectin, amitraz, cuka kayu, dettol, kapur, belerang dan penggunaan kertas kuning perangkap serangga. Setiap kaedah ada kesannya dan peratus keberkesanan berbeza2. Mengambil idea Pak Syed, Cendawan Sunga Udang, kaedah terkini yang kami guna adalah semburan racun hama setiap hari secara berterusan selama 2 minggu ke bongkah yang sedang diperam dan keseluruhan bangsal. Sehingga hari ini baru masuk hari ke-4, ada 10 hari lagi.
Semasa dirawat, jaring bangsal dibuka untuk meninggikan suhu dan mengalirkan udara. Selain itu, kami juga mempercepatkan proses mengorek benih sebelum tuaian bagi mengurangkan minat hama untuk menyerang. Kaedah ini merupakan idea sepontan saya memandangkan dari pembacaan, hama minat kepada bijirin. Jadi, kami buangkan semua yang berasaskan bijirin (benih) dan masih menunggu kesan keberkesanannya. Secara logiknya, misileum akan terus berkembang tanpa masalah kerana bongkah yang dikorek benih sudah didominasi oleh misileum tiram.
Mesin pun tau penat juga rupanya. Mesin 2-in-1 kami terpaksa diperbaiki dan diubahsuai kerana ada bahagian mekanikal yang patah. Sebelum ini berlaku, beberapa bahagian elektrikal juga telah diganti kerana telah bekerja keras secara berterusan.
Ingatkan cuma mesin, rupanya plug kegunaan mesin pun dah melekat kepanasan. Memang dah masanya kot.
Lengang... Semua kerja dah siap, menunggu masa untuk tuai..
4 Comments:
Tahniah wak achoi, perkembangan yg memberansangkan utk tahun 2010.
tahiah bro .. mesin tu suruh tambah yg 8 lubang kot .. :D
hatta: toche2
amree: aku bukak bagging part tu & TAK psg balik.. sbb mixing part dah kene modify.. 8 lubg, see how, maybe next yr kot
Allahamdullillah AYNE.
Post a Comment