Beginilah suasana harian di projek usahasama PPK-AYNE kebelakangan ini. Alhamdulillah, rezki dariNYA, purata tuaian tak kurang dari 10kg sehari dan pernah mencapai 44kg dengan kapasiti bongkah semasa 15,000 bongkah.

Ini tuaian ke-4, melihat pada rak-rak dipenuhi hasil sebegini, semangat terus kuat untuk meneruskan usaha terutama di projek sendiri yang boleh dikatakan agak terbengkalai atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Alhamdulillah jumlah pada tarikh gambar diambil adalah 25kg, masih jauh dari target 50kg.

Sementara itu, 3 bangsal peruntukan baru 2010 telah naik rangka dan sedang dalam proses memasang aluminium foil dan bumbung.
Berbanding 2009, komitmen kontraktor kali ini nampaknya lebih tinggi dan tidak mustahil untuk siap dalam tempoh dijadualkan.
0 Comments:
Post a Comment