Sunday, July 4, 2010

Expansion dah siap, tapi 7k melayang

Alhamdulillah, kerja-kerja penambahan 3 bangsal PPK Muar Selatan berjalan lancar dah telahpun siap walaupun lewat seminggu dari dateline.


Berbanding semasa permulaan projek, kontraktor kali ini nampaknya lebih commit dalam kerja, siap on-time, kemas dan memuaskan.




Yang sedihnya, 7000 bongkah yang dibuat pada bulan Jun dah berlonggok semula.. Masalah kali ni saya rasa berpunca dari benih. Oleh kerana berlaku sedikit perselisihan pendapat dengan pihak PPK yang menyalahkan kaedah peram dalam plastik menjadikan suhu bongkah tinggi, saya mengambil jalan tengah, panggil orang tengah untuk beri komen. Minggu depan insyaAllah pegawai penyelidik dari MARDI akan datang melawat projek kami.


1 Comment:

Anonymous said...

salam,

saya cadang nak tambah bangsal sedia ada. Nak tanya sket; you pakai besi untuk structure kan?
So,dari segi cost, adakah lebih murah dari kayu?TQ...