Tuesday, September 21, 2010

Back To The Future


Salam Aidilfitri semua, tak terlewat kot. Sejak minggu ketiga puasa, stok habuk kayu dah licin, dah oder seminggu sebelum tu, tapi jawapan pembekal semuanya negatif, kilang kayu tak operasi bulan puasa.. Terpaksa la tunggu, nak buat macam mana lagi. Sambil2 tu ada jugak la buat bodoh dan buat tak tau..


Dah hampir dua minggu Syawal, stok habuk tak kunjung tiba. Sementara tu ada pulak baki 250 bongkah belum dikukus. Nak masuk steamer, tak sampai 1 troli, nak tunggu lagi, dah nak expired, cari la balik tong2 drum masa mula2 projek cendawan 2006 dulu.. Nasib baik ada 1 yang tak bocor [yang bocor ada 10].


Susunlah bongkah dalam tong... Dah lupa dah berapa banyk bole muat, sumbat je la..

Sebelum tu kene lapik guni dedak, supaya bongkah tak melekat di dinding tong..

Sebelum tu, isi air 5 inci dari dasar tong..

.. terkenang masa lalu...

Ok siap, pasang api..

Agaknya dah lama tak praktikkan guna tong drum, 3 kali kukus baru siap semua. Kukusan pertama, air kering.. huhu nasib baik tak rentung.. kedua OK, ketiga in progress.. Maghrib nanti siap lah kot.. 1 tong gas 14kg utk 3kali kukus berjumlah 250 bongkah.. berbanding 2 tong gas 12kg utk 1 steamer.. 1440 bongkah. Perbezaan kos yang agak ketara. Tapi nk buat mcm mana, habuk pun tarak... kembali ke Masa Depan lah.. Wassalamu..



1 Comment:

CCTV Karachi said...

I really agree with the facts that you have shared on this post. An interesting topic like this really enhances reader's mind to have more effective decisions over a certain issue.