170, KM25, BKT NANING, JLN AIR HITAM, 84200 MUAR, JOHOR (video clip - AYNE in 2020)

Monday, November 16, 2009

Latest dari AYNE

Anak dara kami dapat 5A UPSR!


Baby Hamim dah pandai ketawa


Kilang bongkah dah upgrade 5 kaki tinggi

Staff2 mencuba mesin baru

Awek pun bole.. mmg mudah digunakan


Bgsl PPK 70% penuh dengan bongkah baru


Proses mengukus di PPK

Bagging (posing??)

Dugaan.. 3000 bongkah diserang hama

Mengeluarkan bongkah2 rejek

Wednesday, October 21, 2009

Status Terkini: Projek Usahasama PPK-AYNE

Alhamdulillah, setelah beberapa kali tertangguh, akhirnya perjanjian ditandatangani pada akhir September dan akan bermulalah projek usahasama ini. AYNE berbekalkan pengalaman, PPK menyediakan modal, RM110 ribu telah dibelanjakan, hanya usaha, rezeki dan kebijaksanaan akan menentukan kejayaan projek ini.

Habuk kayu - 4 tan pertama

6 tan kedua, jumlah 10 tan


Ketibaan mesin-mesin


Sekali pandang dah tau siapa pencipta design, sayang sekali pembekal lain pula yg hantar

Yg ni design atas khidmat nasihat AYNE


... terus ke bilik suntik


Bangsal kedua masih kosong lagi...



Bangsal pertama 90% penuh (bongkah dibeli oleh PPK)


Kawalan biologi - serai wangi


Bakul-bakul spare dari AYNE


Bakul kukus besi sumbangan PPK


Stok gas & penutup


Dedak 1 tan, kapur 100kg


Habuk 10 tan


dan pekerja2 mahir

Hampir lengkap untuk memulakan operasi, status sekarang cuma menunggu pihak TNB memasang meter letrik. InsyaAllah, dalam minggu depan atau selewat-lewatnya awal November, operasi akan bermula.

Kepada rakan-rakan pengusaha dan blogger, tujuan posting ini bukan untuk bermegah-megah, sekadar memberi maklumat terkini dan juga peluang untuk saudara saudari rebut. Saya bermodalkan RM5.00 pada akhir 2006 untuk menjadi ahli PPK dan bertungkus-lumus sejak itu untuk mendapatkan keyakinan PPK bagi merealisasikan peojek ini. Alhamdulillah, tenyata tidak sia-sia.

Kepada yang berminat, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Wassalam..



















Sunday, August 16, 2009

Pesticide untuk serangan Hama

Kali ni cuma nak share info tentang pesticide untuk kawal serangan hama. Salah satu brand yang digunakan oleh kebanyakan pengusaha sekitar Gersik, Muar ialah HABAMEC 1.8EC (bahan aktif = abamectin) seperti dalam gambar. Jenis ni untuk pencegahan dan mampu membunuh hama yang belum matang. 1 lagi brand ialah MITAC (bahan aktif = amitraz) untuk membunuh hama dewasa. Aku cari kat kedai racun berdekatan, dua2 takde, anyway aku dapat info tentang bahan aktif dalam kedua2 brand ni. So, search kat internet, dapat la senarai panjang lebar brand2 lain yang boleh digunakan dari website Jabatan Pertanian Malaysia.


Thursday, July 23, 2009

Dalam sibuk2....

Progress Projek

Tapak projek usahasama AYNE-PPK dah hampir siap. Penyerahan sepatutnya 17 Julai tapi tertangguh sikit, mungkin dalam minggu depan kot. So far semuanya berjalan lancar..


Tapak steamer, bilik suntik & stor..

Bangsal ke-2

Bangsal Pertama
Warga Baru!!
Dalam sibuk2, rupanya isteri tercinta (AY) dah due.. Maka pada 22/7 bertambahlah sorang lagi warga AYNE..
Ni ler hero yg ke-5 AYNE!



Kesian! Mak kat hospital la katakan..


Staff Baru
Minggu lepas, AYNE menerima seorang graduan UiTM under projek Tunas Mekar.. Kalau takde aral, beliau akan berada di sini selama setahun untuk membantu menambah-baik dan mengenalpasti kelemahan2 yg perlu diperbaiki. Terimakasih UiTM dan PPNJ.

Yg ni graduan UiTM projek Tunas Mekar..

Yg ni bukan ye..


Mencuba pengayak letrik buatan sendiri..








Sunday, July 12, 2009

Kursus Intensif & Projek Usahasama PPK

Sempena projek usahasama dgn PPK Muar Selatan, aku telah dihantar kursus intensif di Nas Agro (Ladang Nabil) oleh ibu pejabat LPP dari 30 Jun - 2 Julai (2 bulan hehe). Mula2 mcm malas nak pegi, bile contact PPK, dia kata "Encik Faisol kene pegi ni, arahan HQ, kalau taknak pegi kene bagitau 3 hari awal (hari bekerja) dan sediakan ahli lain sebagai pengganti..", notis dia bagi 25hb, kene pegi ler.. Takpelah.. bile lagi nak ke Nas Agro, alang2 pegi free ni boleh je la..


Lain peserta lain lah fokus masing2. Apa matlamat sebenar kursus aku tak pasti, tapi mmg byk sungguh manfaat yg aku dapat terutama hasil perbincangan, perkongsian pengalaman dan curi2 dengar dari perserta2 lain dan juga pegawai2 LPP & Jbt Pertanian yang turut hadir. Antaranya adalah kedah2 peningkatan hasil, kawalan penyakit, waste management dan beberapa tips lain yang terlepas pandang. Gambar di atas adalah sebahagian hasil tuaian harian ladang Nas Agro.


& seperti biasa, gambar cendawan di rak kawan2..


menyungkil rahsia Nas Agro.. ooo mcm ni ye korang punye penyungkil, double sided!


yg ni En. Isa, pengusaha berpengalaman 13 tahun, mewakilli PPK Johor Bahru Selatan (tak tau le dia tgh blajar atau tgh ngajar), baju belang tu pegawai PPK tempat aku & bajo kommando tu boss ladang lah! Dipendekkan cerita, walaupun kehadiran aku asalnya kerana terpaksa, tapi byk manfaat yang dipelajari dan dikongsi bersama. So, rakan2 lain kalau ada peluang mcm ni jgn dipersiakan, jgn rasa dah otai takmau g kursus, byk perkara boleh dipelajari dari pelbagai sudut bergantung kepada fokus anda semasa berkursus.



Balik kursus, sampai rumah 12 malam, terus tuai cendawan untuk jualan esok.. dapat la 12kg..


Ni percubaan packing terbaru.. Nampaknya agak berkesan, cepat laku, tapi kene jual sendiri, bukan kasi pemborong pack mcm ni! Rakan2 boleh cuba


Esoknya tgk progress projek usasama AYNE-PPK.. Bengkel proses dah siap lantai dan sdg naik bumbung. Nampak seronok betul buat projek pakai duit kan. Buat pakai pengalaman dan kakitangan ni lambat siap! Pakai duit kejap je...

2 bangsal 20x40, dah siap benrlantai.. dateline 17 Julai tatau la kontraktor sempat ke tak!